Perutusan Pengerusi

 

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima Kasih di atas kesudian melayari laman web Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS).

Yayasan Orang Asli Malaysia atau ringkasnya “YOS” diperbadankan pada Januari 2012. YOS ditubuh bagi membantu individu atau kumpulan etnik masyarakat Orang Asli seperti takrif Seksyen 3, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

YOS sentiasa berusaha memantapkan asas kewujudannya ; merancang dan menyusun strategi bagi mencapai objektif dan matlamatnya. YOS sebuah organisasi kecil dan dalam usia seawalnya ini, sudah pastinya memerlukan bantuan dan sokongan semua pihak sama ada dari individu atau kumpulan, swasta dan khususnya kerajaan yang memerintah.  

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingganya terutama buat masyarakat Orang Asli yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. YOS sentiasa perihatin, sedia berkhidmat dan berbakti dengan penuh ikhlas kepada bangsa dan negara.

Dimaklumkan juga bahawa kandungan laman web ini akan dikemaskini dari masa kesemasa termasuklah pengisian maklumat, gaya persembahan, dan kemudahan berurusan.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada pengunjung laman web ini. Adalah diharapkan agar laman web ini akan terus menjadi wadah rasmi yayasan dalam perkongsian informasi yang bermanfaat.

 

RASHID BIN KA’ ., AMP.
Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Orang Asli
Malaysia

Thursday the 31st. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©