LATARBELAKANG


 

Yayasan Orang Asli Malaysia atau ringkasnya “YOS” dengan rasminya diperbadankan pada Januari 2012. Sebuah organisasi kecil ditubuhkan bagi membantu individu atau kumpulan etnik masyarakat Orang Asli seperti takrif Seksyen 3, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

Penubuhan YOS adalah selaras dengan aspirasi masyarakat Orang Asli. Idea dan syor bagi menubuh sebuah badan seperti ini bukanlah suatu perkara baru bagi Orang Asli. Semoga, dengan kewujudannya sedikit sebanyak dapat memenuhi harapan (expectation) Orang Asli.

Walau serba kekurangan dan masih bertitih, secara langsung atau tidak langsung YOS boleh menjadi badan pengantara atau pelengkap kepada kerajaan kearah pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli, mencakupi aspek pendidikan, ekonomi, seni budaya, adat resam, belia dan sukan serta kebajikan Orang Asli.

Objektif

i.    Meningkatkan taraf pendidikan dan modal insan.

ii.    Menggalakkan pembangunan sosioekonomi.

iii.    Memperkasakan kebajikan Orang Asli

iv.    Memelihara warisan dan adat resam

v.    Menggalakkan penglibatan Orang Asli Semenanjung Malaysia dalam aktiviti kesukanan dan rekreasi.

Visi

Memperkasakan Taraf Hidup Masyarakat Orang Asli Malaysia
 

Misi

Mempertingkatkan Pembangunan Pendidikan & Sosioekonomi Orang Asli Malaysia

Saturday the 24th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©